KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN(KEPUJIAN):

        • Kejuruteraan Awam
        • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
        • Kejuruteraan Kimia
        • Kejuruteraan Mekanikal
        • Kejuruteraan Petroleum

PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI (KEPUJIAN):

        • Petroleum Geosains

Kelayakan Akademik


          Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2009 dengan memperolehi :

                         a) Sekurang-kurangnya  gred C dalam matapelajaran Bahasa Melayu.  
                         
                                                Dan  

                         b) Sekurang-kurangnya gred B+ dalam matapelajaran berikut :-
        • Bahasa Inggeris
        • Matematik
        • Matematik Tambahan
        • Fizik
        • Kimia
                                                Dan      
                   
                         c ) Jumlah unit untuk 5 matapelajaran di atas mestilah tidak melebihi 15 unit. Nilai unit bagi gred adalah seperti berikut:                            
Gred
Unit
A+
1
A
1
A-
2
B+
3
B
4
C+
5
C
6
D
7
E
8
G
9

 

PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI(KEPUJIAN):

        • Teknologi Maklumat & Komunikasi
        • Sistem Maklumat Perniagaan

Kelayakan Akademik


          Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2009 dengan memperolehi :

                        a) Sekurang-kurangnya  gred C dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
                   
                                              Dan

                        b) Sekurang-kurangnya gred B dalam matapelajaran berikut :-
        • Bahasa Inggeris
        • Matematik
                                              Dan

                        c ) Sekurang-kurangnya gred B dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:-
Kimia Fizik
Biologi   Sains
Sejarah   Geografi
Sains Tambahan   Matematik Tambahan
Asas Perakaunan    Ekonomi Asas
Perdagangan Prinsip Akaun
Teknologi Maklumat Asas Pemprosesan Maklumat

                                               Dan

                        d ) Jumlah unit untuk 5 matapelajaran di atas mestilah tidak melebihi 18 unit. Nilai unit bagi gred adalah seperti berikut:-
Gred
Unit
A+
1
A
1
A-
2
B+
3
B
4
C+
5
C
6
D
7
E
8
G
9

 

SYARAT MEMOHON

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2009.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

CARA MEMOHON:

  1. Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian melalui laman web ini sahaja.
  2. Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang. Untuk muat turun, sila klik Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang di laman Borang Permohonan.
  3. Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama "PETROLIAM NASIONAL BERHAD" melalui kaunter CIMB Bank – No Akaun : 1430-0000725-05-5. Sila simpan Slip Wang Masuk untuk rujukan dan pengesahan bayaran.
  4. Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 9.00 pagi, 11 Mac 2010.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 19 Mac 2010.

UNTUK MEMOHON, SILA KLIK BORANG PERMOHONAN.

Kembali ke LAMAN UTAMA